Tuesday, October 13, 2009

Hari Mengundi di Bagan Pinang

Akhirnya PrK Bagan Pinang sampai ke kemuncaknya iaitu hari mengundi. Pagi-pagi lagi petugas PAS dari Jelebu dan WP telah turun ke SK Si Rusa untuk bertugas. Hari ini adalah hari penetuan kepada 10 hari tempoh berkempen dan kerja keras yang telah dilakukan oleh petugas-petugas PAS selama ini.

Hj Jamalus (TYDP PAS Jelebu) bersama Dr Hatta sedang memerhatikan sesuatu
mungkin gelagat tidak senonoh penyokong BN

Ustaz Nazir YDP PAS Kawasan Putra Jaya telah membawakan doa awal pagi memohon keberkatan Ilahi dan juga memohon bantuan ALLAH untuk memberikan kemenangan kepada calon PAS Saudara Zulkefly.

Muslimat PAS tetap berdiri teguh dan utuh

Hujan telah turun dengan lebatnya pada pagi tersebut namun petugas-petugas PAS tetap tidak berganjak dari kedudukan masing-masing dan tetap istiqamah dalam perjuangan. Dr Hatta, Ustaz Abu Bakar Chik dan Chegu Bard adalah antara pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang turut berada bersama dengan petugas-petugas PAS dan Pakatan Rakyat di hadapan SK Si Rusa dari awal pagi hingga ke petang.

Walaupun hujan renyai2 Dr Hatta tetap tersenyum di celah2 penyokong & ahli PAS
di depan SK Si Rusa.Orang lain semua pakai payung Dr tak nak payung ke?


Anif (NYDP PAS Jelebu) orang kuat di UPU Tmn Eastern


Raniman (yg ada poster) Ikon Pemuda PAS Jelebu. Mana aje PrK dia mesti pergi.
Dulu Rockers ni,rambut panjang sampai bontot.Sekarang kopiah tak pernah tinggal!


Alahai sikit nya penyokong BN. Bila hujan dia orang lari.Takut basah keh..keh..keh


Geng lama dari Permatang Pauh datang 2 van membantu dan tinggal bersama
di bilik Gerakan PAS Kawasan Jelebu (Hj Lofti, Annuar & Pak Long)


Dari kiri Aibun,Hj Razak,Syed Alias & Hj Rani rehat sekejap selepas makan sebelum
mula bertugas semula.Hj Razak & Hj Rani umur lebih 70 tapi masih kuat semangat


WBY 419 (anif punya) dah jadi van rasmi PAS Kawasan Jelebu

Saturday, October 10, 2009

PrK N.31Bagan Pinang :Program Bakar Lemang dan Jamuan Aidil Fitri UPU Taman Eastern

Pada 6 Oktober yang lalu PAS Kawasan Jelebu bersama PAS Wilayah Persekutuan telah menganjurkan program membakar lemang dan seterusnya jamuan Hari Raya Aidil Fitri pada sebelah petangnya di UPU Taman Eastern. Ramai penduduk tempatan telah hadir dalam jamuan Aidil Fitri tersebut.

Pemimpin PAS yang hadir pada awalnya

Pemimpin-pemimpin kanan PAS dan juga calon PAS di Bagan Pinang juga turut hadir. Rendang daging yang diimport khas dari Jelebu juga telah dihidangkan. Ahli-ahli PAS Kawasan Jelebu telah bergotng royong mengisi buluh lemang dan membakar lemang bersama-sama dengan ahli PAS dari Wilayah Persekutuan.

En Omar petugas PAS WP sedang memusing-musingkan buluh lemang


Khemah penuh dan tetamu melimpah keluar semasa jamuan Aidil Fitri


Tetamu dihiburkan oleh juara Akademi Nasyid Kebangsaan

PRK Bagan Pinang (Penamaan Calon)

Hari penamaan calon di Bagan Pinang jatuh pada hari Sabtu 3 Oktober 2009. PAS mengemukakan Saudara Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang juga merupakan seorang tokoh korporat dan aktivis masyarakat yang dikenali ramai dan cukup disegani. Manakala UMNO/BN mengemukakan Tan Sri Isa Samad tokoh "Re-Cycle" yang merupakan bekas Menteri Besar N9 dan juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang telah digantung jawatan kerana disabitkan dengan "POLITIK WANG" oleh UMNO sendiri.


Lautan Ahli dan Penyokong PAS di hari penamaan calon PrK N.31 Bagan Pinang

Seramai lebih kurang 20,000 orang yang terdiri dari ahli-ahli dan penyokong PAS dari seluruh negara telah datang ke Port Dickson untuk menyatakan sokongan kepada Saudara Zulkefly Calon PAS DUN Bagan Pinang. PAS Kawasan Jelebu juga tidak ketinggalan di mana boleh dikatakan seluruh ahli PAS Kawasan Jelebu telah turun ke Bagan Pinang pada hari penamaan calon tersebut untukmenyatakan sokongan tak berbelah bagi kepada Saudara Zulkefly.

Haji Ismail dan Angah Rohan di hari penamaan calon

Hujan telah turun dengan lebatnya pada pagi tersebut. Namun penyokong PAS tetap tidak berganjak dari kedudukan masing2. Menurut penduduk PD mereka juga hairan kerana telah hampir 3 minggu PD tidak mengalami hujan tiba-tiba pada pagi ini hujan turun dengan lebatnya.

Kumpulan penyokong PAS dari Shah Alam siap dengan gendang dan tabla


Ketua dan Setiausaha Muslimat PAS Kawasan Jelebu


Muslimin PAS Kawasan Jelebu pada hari penamaan calon



Isteri Syamsul dan muslimat dari Jelebu


YB Hj Taufek memberikan ucapan


Lautan ahli dan penyokong PAS dihadapan pintu masuk pusat penamaan calon


3 orang Srikandi PKR yang comel lote turut bersama menghantar calon PAS

PRK Bagan Pinang

28hb Oktober sebaik habis aje jamuan Aidil Fitri PAS Kawasan Jelebu kami telah berkampong di Bagan Pinang bersama dengan YDP Hj Kateran dan Haji Jaaman Abu untuk menguruskan berbagai-bagai perkara untuk menghantar kontigen PAS Jelebu ke Bagan Pinang.

Bilik Gerakan PAS Kawasan Jelebu untuk UPU Taman Eastern PrK Bagan Pinang

PAS Jelebu berjaya mendapatkan sebuah rumah berdekatan Taman Eastern. Rumah tersebut adalah milik Tuan Haji Kassim Tahir mantan Ketua Dewan Ulama PAS NS. 2 buah khemah dan kerusi meja juga disewa daripada Haji Kassim Rembawi untuk kemudahan menjalankan aktiviti pilihanraya seperti poster dan sebagai tempat makan minum.



Kontigen PAS Jelebu mula masuk ke rumah dan melapor diri untuk bertugas bermula dari 29 oktober. Saudara Anif (NYDP) telah membawa perkakas memasak dan alatan dapur. MTD Klawang telah menyumbangkan pinggan mangkuk dan barang2 dapur. Lebih kurang RM4000 berjaya di perolehi daripada ahi-ahli PAS Jelebu dan penyumbang2 untuk belanja makanan dan berbagai keperluan petugas yang lain semasa bertugas untuk PrK Bagan Pinang ini

Jamuan Aidil Fitri PAS Jelebu bersama MTD Klawang

Jamuan Aidil Fitri PAS Kawasan Jelebu bersama MTD Klawang telah diadakan pada 27hb September yang lepas dalam keadaan yang cukup meriah dan harmoni. Tetamu jemputan yang telah hadir adalah Hj Mohamad Sabu dan Cikgu Bard. Lebih kurang 300 orang ahli PAS dari seluruh cawangan dalam Jelebu bersama dengan penduduk setempat telah hadir. Majlis telah diadakan di markaz tarbiyah DUN Klawang di Kg Larong.

Dari kiri Hj Jaaman (MTD Klawang), Cikgu Bard, Ustaz Abdul Rahman (Ketua Urusan
Ulamak), Hj Jamalus Mansor (TYDP) dan Hj Zainuddin (Ketua Penerangan)

Tuan Haji Mohamad Sabu dalam ucapan beliau berharap agar ahli-ahli PAS Kawasan Jelebu akan turun beramai-ramai ke Bagan Pinang untuk membantu kempen PAS di sana nanti. Beliau juga mengingatkan ahli PAS bahawa pilihanraya Bagan Pinang amat penting kerana jika PAS dan Pakatan Rakyat berjaya memenangi pilihanraya ini maka proses mengkuburkan UMNO/BN akan berlaku dengan lebih cepat. Ini kerana menurut beliau Bagan Pinang adalah kubu kuat UMNO/BN dan ditambah pula dengan jumlah undi pos yang banyak.

Sebahagian tetamu yang hadir

Cikgu Bard pula menyatakan bahawa banyak tanah-tanah orang Melayu di Rembau terutamanya Tanah Adat telah dirampas oleh UMNO/BN dengan alasan kononnya untuk pembangunan dan dibangunkan. Cikgu Bard menyatakan PKR akan turun padang di Bagan Pinang lebih awal untuk membantu PAS menawan dan merampas kerusi DUN Bagan Pinang dari tangan UMNO/BN

Hj Mohamad Sabu sedang menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak


Banjir Lumpur di Jelebu

Banjir air dan lumpur sedalam kepala lutut telah berlakudi Kg Teriang, Gagu, Sg Legom dan Kg Petaling pada 27hb Ogos 2009 yang lepas. Banyak haiwan ternakan dan harta benda penduduk kampong yang musnah dalam kejadian tersebut.

Seorang penduduk memasak untuk berbuka puasa di dalam air

Saudara Nor Anif (NYDP) dan Saudara Khairul Azidi (Ketua Pemuda PAS Jelebu) telah turun bersama anggota Unit Amal untuk bersama-sama membantu membersihkan rumah penduduk. Pesuruhjaya PAS NS dan YB Taufek serta YDP Jelebu Hj Kateran telah melakukan lawatan ke rumah penduduk yang terlibat.


Kayu-kayu balak yang tersekat pada jambatan

Menurut Hj Kamarulzaman Jakin penduduk Kg Gagu banjir yang berlaku adalah akibat dari tunggul2 balak yang tenggelam di dalam sungai yang menyebabkan air sungai tersekat dan menyebabkan kenaikan paras air sungai. Arus air Sg Teriang yang kuat juga telah menyebabkan empangan air di Sungai Legom telah terputus dan menyebabkan air sungai telah membuat laluan yang baru.


Hj Jaaman memeriksa balak-balak yang di kaut keluar oleh jentolak dari dalam sungai


Empangan air Sg Legom telah terputus dan air sungai mengalr mengikut arah baru


Tidak ada air sungai yang mengalir melalui empangan