Tuesday, June 16, 2009

Syabas Dato' Sri Nizar

PAS Kawasan Jelebu mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato' Sri Nizar kerana telah melaungkan "Suara Rakyat,Suara Keramat" yang menggesa kepada pembubaran DUN Perak sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Bukit Gantang.

Tindakan kepimpinan yang spontan dan ikhlas membela rakyat ini lah yang diharapkan dalam Parlimen Malaysia ini.Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Jelebu menyokong penuh tindakan Dato' Sri di Parlimen pada 15hb Jun tersebut.

Tindakan Dato' Sri Nizar telah membuatkan Pandikar Amin kaget dan cemas terutamanya dengan kehadiran Najib yang buat kali pertama datang ke Parlimen sebagai Perdana Menteri sehingga membuatkan Pandikar Amin terpaksa menggantung Dato'.

Kami PAS Kawasan Jelebu berharap Dato' Sri akan terus membawa suara-suara rakyat ke Parlimen dengan berani dan tegas.
Takbir....

BUBAR DUN PERAK.

Saiful Bahri Bin Jaaman
Setiausaha PAS Kawasan Jelebu

Sunday, June 14, 2009

Muktamar 55

Muktamar PAS kali ke-55 telah berlalu hampir seminggu dengan meninggalkan berbagai kenangan manis dan kurang manis kepada perwakilan,pemerhati dan pemimpin utama PAS. Ada pemimpin PAS yang menang dan ada yang kalah dalam pertandingan.Kepada yang menang saya dan PAS Jelebu mengucapkan tahniah dan berharap pemimpin yang terpilih akan benar2 dapat membawa perubahan kepada PAS dan Malaysia amnya, sesuai dengan tema Muktamar pada kali ini iaitu "Islam Memimpin Perubahan".

Bersama Pak A Samad Said Sasterawan Negara pada pagi
perasmian muktamar

Kepada yang kalah kali ini janganlah berputus asa, insyallah masih ada ruang dan jalan untuk meneruskan perjuangan.PAS Kawasan Jelebu akan tetap menyokong kepimpinan utama PAS tanpa mengira samada mereka kalah atau menang dalam pertandingan muktamar ke-55 yang lepas.

Hari terahir muktamar,selepas bersalaman dengan pemimpin
PAS Pusat


Mendengar perbahasan pada hari kedua muktamar


YB Taufek wakil PAS Kawasan Rembau mengemukakan usul PPSMI


Sdra Zaharudin wakil PAS Negeri Sembilan membahaskan ucapan
dasar Presiden dalam hal demokrasi

Thursday, June 4, 2009

Perwakilan Jelebu Ke Muktamar 55

Muktamar PAS Pusat akan bermula esok 5 Jun sehingga 7 Jun 2009. PAS Kawasan Jelebu akan menghantar 5 orang perwakilan untuk menghadiri muktamar tersebut.
Perwakilan PAS Jelebu untuk muktamar pada kali ini adalah :-

1) Haji Kateran Bin Marman (YDP Kawasan)
2) Haji Jamalus Bin Mansor (TYDP)
3) Sdra Nor Anif Bin Selamat (NYDP)
4) Sdra Saiful Bahri Bin Hj Jaaman (Setiausaha)
5) Tuan Syed Alias Bin Syed Samara (AJK Kawasan)

Pada muktamar kali ke-55 ini PAS Kawasan Jelebu telah mencalonkan Tuan Haji Mohamad Bin Sabu sebagai calon Timbalan Presiden. Sementara sebagai calon Naib Presiden PAS, Kawasan Jelebu telah mencalonkan Ustaz Hj Ahmad Awang, YB Salahuddin Ayob dan juga YB Dato’ Mahfuz Omar. Walaubagaimanapun Ustaz Ahmad Awang telah menarik diri untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden yang beliau sandang sekarang ini

Selain itu PAS Kawasan Jelebu juga telah mencalonkan Sdra Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar, Pesuruhjaya PAS NS dan YB Sdra Haji Taufek Bin Ghani sebagai calon tempatan untuk bertanding jawatan AJK PAS Pusat. Kami berharap dan berdoa agar semua yang dicalonkan akan menang dalam jawatan yang dipertandingkan.

Selamat berMuktamar. Jumpa di Shah Alam.....